Feb 7, 2011

Sayang Bertatih

Posted by The Good Boy at 2:16 PM

Manis selindung gadis pilihan
Hati berkenan bersulam sayang
Badai ditepis jadi bayuan
Kerana ikhlas bukan kepalang

Ombak beralun menghempas pantai
Perahu dilanda tetap berkayuh
Bukan tiada basah di lantai
Berlapik langkah sayang menyuluh

Bertapis hama mencari padi
Berkais tanah mencari permata
Berbuai kasih cinta bernadi
Berdetik indah senada serata

Terjatuh sudah lari pun sudah
Memimpin duka mencapai bahagia
Tiada lagi yang perlu dimadah
Tinggal menyimpul ikatan selamanya


*If you think this pantun doesn't mean anything then you are not bright enough. If it does mean something then I'm a super genius*

0 comments on "Sayang Bertatih"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Related Posts



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

The Good Boy Copyright 2009